Wednesday, November 30, 2011

Reunion!!!!


Woo....
Ni la fes time aku g reunion gini. Bukan xpenah pegi. Tapi 'sekatan' daripada pihak tertentu, maka tertutuplah impian aku nak pegi reunion jauh2 sikit. Tapi xpela kan? 'Sekatan' tu pon untuk myself gak. 
Anyway, best la g KB Mall. Boleh main bowling, makan KFC, dan apalagi, shopping sakan la ngan minah2 sekutu aku a.k.a my BFF. Fuh, Letih xletih memang letih!!! Rasa nak tercabut dah kepala lutut aku ni haa. Nasib baik aq cepat2 tukar skru a.k.a g makan kat KFC la. Yang lebih, wat bekal untuk next journey. Nak pegi 'jauh' la katakan. Kalau kata pegi ber'perang' pon ya jugak agaknya. Shopping, sama la dengan istilah ber'perang' bagi perempuan kan? Kalau dah shoppaholic plus ada duit, fuh!!! Habis satu gedung di belinya! Tapi kitorang ni, duit ala-ala cukup makan je. Lambat ag nak sampai ke tahap tu...Hehe. Tinggi langit dari awan la.
By the way, peginya kitorang dengan ber-car pooling satu kereta. Akhirnya, sampai jugak la kat KB Mall. Hmm, masa tu dah pukul 12.34 tengahari dah. Apalagi, perut sama-sama da bergendang pelbagai lagu. Lagu klasik, lagu rock, balada, semualah. Lagu nasyid pon ada. Lebih afdhol gitu. Heheh. Ngee~ Pape jela....So, dengan adanya band   jalanan yang baru bersinar dalam perut, we aim la ke mana lagi....KFC la. Serbu jangan tak serbu~ Hehe. Tapi....whoa!! Punye la ramai 'ahli-ahli baru' yang menyertai band kami. Popular gak eh kami ni? Huhu. Perasan lebih beb. Biasala...Hmm, lepas tu, kitorang bahagi 2 group, satu pegi ‘lapor diri kepada bos’ atau pegi beli makanan, satu lagi pegi ‘meninjau kawasan’ aka mencari meja kosong. Kuang3. Sesedap mulut aku aje pegi wat reunion aku cam latihan askar jek. Mesti Korang fikir aku ni hampeh tul kan? Haha. Tak kisah pon....
Eh,eh. Terlebih plak. Kembalilah ke pangkal jalan cik oii!! Selepas habis memesan makanan, lepas tu, duduklah. Tak sangka gak, lepas tu kitorang jumpa ngan kawan satu sekolah ngan kitorang, bukan sorang, tapi 4 orang! Biasa ar…KB Mall kan pusat tumpuan ramai. Huhu. Perempuan…bila dah jumpa…hmm..apalagi? Borak ar. Walaupun sekejap je. Kena la tegur-menegur. Dalam Islam, kita sebenarnya digalakkan saling menegur kerana ianya akan mengeratkan hubungan antara sesama manusia. Tidak kira agama,bangsa atau negara. Semua sama saja. Hamba Allah yang diutuskan ke muka Bumi untuk beribadat kepada-Nya. Jadi, buat beberapa minit, ada gak sesi photoshoot khas untuk kami sebagai supermodel pada masa itu sahaja sambil berpot-pet dan mengunyah makanan. Sopan tak sopan, tolak tepi jap. Lama tak jumpa, rindu la pulak nak borak banyak2. Tapi kawal ar sket. Pastu, kitorang berpisah ikut haluan masing2.
Tetiba plak kitorang rasa rindu plak ngan sorang ag ahli geng kitorang yang tak dapat hadir walau dipaksa atas perintah ‘berkurung’ parents dia. Tepon tak tepon, kredit aku jugak yang jadi mangsa. Kesian, melayang kredit seringgit. Apa?! Korang kata aku taik hidung masin? Korang penah rasa ke hah? Eww~ wat geli tekak aku aje dengar menda2 ngarut cenggini. Haila~ Bilalah korang nak berubah? Huhu. Tak pasal2 korang plak kene ngan aku. Sorila~perangai aku ni tak penah nak berubah dari dulu sampai sekarang. Gitu2 gini2 bukak pintu cari bini..eh,eh..bukak pintu cari suami sejak dulu ag. Silap plak. Mujur la aku sempat sedar aku ni pompuan,bukan laki. Overloaded plak dia….
Hatta, bila melihat jam sudah pukul 2.37, kitorang naik tingkat 3, pegi ke surau untuk menunaikan solat Zuhur. Lama tak lama, setengah jam gak. Sambil borak sikit2. Masa keluar pom surau, terserempak la ngan sekumpulan laki. Wat selamber dekk je kitorang. Yang diorang plak lebih2 tengok kitorang. Huhu. Nak pilih awek agaknya. Masuk lif tekan sendiri la~
Lepas je makan smpai tak licin pinggan, kitorang chow pegi bookstore. Mula-mula pegi Popular,pastu SMO. Jangan tak tau, kitorang ni ala-ala ulat buku. Buku apa? Novelistiano!! Hoho~
Tak lama, kitorang pegila main boling plak. Happy tau. Kawan kitorang ngan adik dia datang join sekaki. Sapa tak happy…Makin ramai makin best!!!Jumlahnya semua 6 orang. Tapi adik kawan aku tu, tak hingin nak main. Tak pandai katanya. Habis, aku yang baru main 2 kali dah kira terror la ek? Huhu~Perasan lagi….Selepas membayar harganya, kitorang pon pegi la ke stesen bowling 27,28. Memang time tu, malu pon ade. Sebabnya, kiri kanan kitorang ‘dikepit’ kaum lelaki. Aku nak kata rasa bahagia pon ada. Mana la tau kan kot2 jumpa jodoh kat situ lak. Ngee~masuk bab ngarut la pulakk…
Tak lama lepas tu, the game started! Banyak la aksi pekik-memekik masa game sedang berjalan. Nasib baik kat situ memang sedia bising. Kalau tak, hai~boleh tebal semeter muka aku nih. Orang lain aku tatau. Kot2 setebal dinding KB Mall boleh kut. Huhu. Mana taknya, bola masuk longkang ayik ketawa je. Jatuh 1 pin pon melompat. Kalau strike plak berhi-five sambil ketawa. Memang gamat+meriah ar…happy sangat. Sesekali ada gak sesi photoshoot amatur.
Setelah game berakhir, dinobat dan diiktiraf oleh semua orang, aku la no.1 ngan markah 84. Hehe. Yang lain aku tatau. Aku la King, eh silap, Queen, eh bukan, Princess of Bowling! Muahaha. Agaknya la, Prince Charming aku duk mana eh? Hehe. Sempat lagi menggatal…
Takpelah. Jam masa tu dah pon pukul 5. Nak tak nak, berakhirlah reunion kitorang buat kali ni. One sweet memory is carved in my heart that day~
Me and Fatnin
Majdah and Atirah

Fatnin and Mas




Hi You All!!
Buku VS Fatnin
Peace!
Bowling Frenzy

Tuesday, November 29, 2011

Singgah Sebentar di Rumah Kawan

Alkisahnya, suatu hari, hari yang agak panas walaupun kebelakangan ini hujan je magaknya. Aku teringin la nak    pegi ke umah sorang kawan baik punye. Tak jauh pun, dalam 5-6 km je. Sesampainya aku, kat rumah kawanku, sebagai seorang Islam, aku bagi la salam. Dengan penuh semangatnya aku bagi salam. Tapi, heran aku.....takde orang yang jawab!! Kalu ikutkan hati, maunya aku melaung terus kat situ. Tapi, bila teringatkan aku masih lagi seorang tetamu plus nak memelihara gelaran Gadis Melayu Terakhir aku, aku sabar jela.....
Nak buat ape ag?? 
Tapi, nak kata takde orang, aku dengar orang tengah berchit-chat kat living room. Hesh, heran bin ajaib aku!! Aku pon dengan sekuat hatinya mengetuk pintu, melaungkan salam berselang-seli ngan nama kawan aku tu. Nasib baik, pintu belakang umah tu dibukak jugak akhirnya. Terjengullah muka adik lelaki kawanku itu yang tak berapa tinggi, tak berapa hensem tambah lagi....muda dari aku. tak mau aku ngan lelaki muda dari aku, buat aku nampak tua aje. Aku ni minat lelaki yang tua paling kurang sebulan, paling banyak 3 tahun dari aku. Kena la ada pegangan agama yang kukuh...tinggi dari aku...ada rupa walaupun tak popular sangat. Tapi, kalau ada harta dan tanah berhektar-hektar........fuh!!! Masuk meminang terus confirm beb!!! Heheh...Perasan jugak aku nih. Ok2. Kembali ke pangkal jalan...
Aku pon tanya la adik kawanku itu, mane T? Dia pon masuk balik ke dalam rumah. Aku rehat luh kat luar. Tiba-tiba, ade sorang pakcik duk terjenguk-jenguk kat tingkap living room. Dia cakap,
   "Oh, kawan T rupanya. Ingatkan mat Bangla penjual ubat mana tadi. Sori eh? Hehe".
Aiseh.. Ade ke patut muka secomel aku ni layak jadi penjual ubat? Suara punya la merdu bagi salam, dia kata suara mat Bangla?!!!
HUH!!!!!