Woo....
Ni
la fes time aku g reunion gini. Bukan xpenah pegi. Tapi 'sekatan' daripada pihak
tertentu, maka tertutuplah impian aku nak pegi reunion jauh2 sikit. Tapi xpela
kan? 'Sekatan' tu pon untuk myself gak.
Anyway,
best la g KB Mall. Boleh main bowling, makan KFC, dan
apalagi, shopping sakan la ngan minah2 sekutu aku a.k.a my BFF. Fuh, Letih
xletih memang letih!!! Rasa nak tercabut dah kepala lutut aku ni haa. Nasib baik
aq cepat2 tukar skru a.k.a g makan kat KFC la. Yang lebih, wat bekal untuk next
journey. Nak pegi 'jauh' la katakan. Kalau kata pegi ber'perang' pon ya jugak
agaknya. Shopping, sama la dengan istilah ber'perang' bagi perempuan kan? Kalau
dah shoppaholic plus
ada duit, fuh!!! Habis satu gedung di belinya! Tapi kitorang ni, duit ala-ala
cukup makan je. Lambat ag nak sampai ke tahap tu...Hehe. Tinggi langit dari
awan la.
By
the way, peginya kitorang dengan ber-car pooling satu kereta. Akhirnya, sampai jugak la
kat KB Mall. Hmm, masa tu dah pukul 12.34 tengahari dah. Apalagi, perut
sama-sama da bergendang pelbagai lagu. Lagu klasik, lagu rock, balada,
semualah. Lagu nasyid pon ada. Lebih afdhol gitu. Heheh. Ngee~ Pape jela....So,
dengan adanya band jalanan yang baru bersinar dalam
perut, we aim la ke mana lagi....KFC la. Serbu
jangan tak serbu~ Hehe. Tapi....whoa!! Punye la ramai 'ahli-ahli baru' yang
menyertai band kami. Popular gak eh kami ni? Huhu.
Perasan lebih beb. Biasala...Hmm, lepas tu, kitorang bahagi 2 group, satu pegi ‘lapor
diri kepada bos’ atau pegi beli makanan, satu lagi pegi ‘meninjau kawasan’ aka
mencari meja kosong. Kuang3. Sesedap mulut aku aje pegi wat reunion aku cam latihan askar jek. Mesti
Korang fikir aku ni hampeh tul kan? Haha. Tak kisah pon....
Eh,eh.
Terlebih plak. Kembalilah ke pangkal jalan cik oii!! Selepas habis memesan makanan,
lepas tu, duduklah. Tak sangka gak, lepas tu kitorang jumpa ngan kawan satu
sekolah ngan kitorang, bukan sorang, tapi 4 orang! Biasa ar…KB Mall kan pusat
tumpuan ramai. Huhu. Perempuan…bila dah jumpa…hmm..apalagi? Borak ar. Walaupun
sekejap je. Kena la tegur-menegur. Dalam Islam, kita sebenarnya digalakkan saling
menegur kerana ianya akan mengeratkan hubungan antara sesama manusia. Tidak
kira agama,bangsa atau negara. Semua sama saja. Hamba Allah yang diutuskan ke
muka Bumi untuk beribadat kepada-Nya. Jadi, buat beberapa minit, ada gak sesi
photoshoot khas untuk kami sebagai supermodel pada masa itu sahaja sambil
berpot-pet dan mengunyah makanan. Sopan tak sopan, tolak tepi jap. Lama tak
jumpa, rindu la pulak nak borak banyak2. Tapi kawal ar sket. Pastu, kitorang
berpisah ikut haluan masing2.
Tetiba
plak kitorang rasa rindu plak ngan sorang ag ahli geng kitorang yang tak dapat
hadir walau dipaksa atas perintah ‘berkurung’ parents dia. Tepon tak tepon, kredit aku jugak yang jadi mangsa.
Kesian, melayang kredit seringgit. Apa?! Korang kata aku taik hidung masin?
Korang penah rasa ke hah? Eww~ wat geli tekak aku aje dengar menda2 ngarut
cenggini. Haila~ Bilalah korang nak berubah? Huhu. Tak pasal2 korang plak kene
ngan aku. Sorila~perangai aku ni tak penah nak berubah dari dulu sampai
sekarang. Gitu2 gini2 bukak pintu cari bini..eh,eh..bukak pintu cari suami
sejak dulu ag. Silap plak. Mujur la aku sempat sedar aku ni pompuan,bukan laki.
Overloaded plak dia….
Hatta,
bila melihat jam sudah pukul 2.37, kitorang naik tingkat 3, pegi ke surau untuk
menunaikan solat Zuhur. Lama tak lama, setengah jam gak. Sambil borak sikit2.
Masa keluar pom surau, terserempak la ngan sekumpulan laki. Wat selamber dekk
je kitorang. Yang diorang plak lebih2 tengok kitorang. Huhu. Nak pilih awek
agaknya. Masuk lif tekan sendiri la~
Lepas
je makan smpai tak licin pinggan, kitorang chow
pegi bookstore. Mula-mula pegi
Popular,pastu SMO. Jangan tak tau, kitorang ni ala-ala ulat buku. Buku apa? Novelistiano!! Hoho~
Tak
lama, kitorang pegila main boling plak. Happy tau. Kawan kitorang ngan adik dia
datang join sekaki. Sapa tak happy…Makin ramai makin best!!! Jumlahnya
semua 6 orang. Tapi adik kawan aku tu, tak hingin nak main. Tak pandai katanya.
Habis, aku yang baru main 2 kali dah kira terror
la ek? Huhu~Perasan lagi….Selepas membayar harganya, kitorang pon pegi la ke
stesen bowling 27,28. Memang time tu, malu pon ade. Sebabnya, kiri kanan
kitorang ‘dikepit’ kaum lelaki. Aku nak kata rasa bahagia pon ada. Mana la tau
kan kot2 jumpa jodoh kat situ lak. Ngee~masuk bab ngarut la pulakk…
Tak
lama lepas tu, the game started!
Banyak la aksi pekik-memekik masa game sedang berjalan. Nasib baik kat situ
memang sedia bising. Kalau tak, hai~boleh tebal semeter muka aku nih. Orang lain
aku tatau. Kot2 setebal dinding KB Mall boleh kut. Huhu. Mana taknya, bola
masuk longkang ayik ketawa je. Jatuh 1 pin
pon melompat. Kalau strike plak berhi-five sambil ketawa. Memang gamat+meriah
ar…happy sangat. Sesekali ada gak sesi photoshoot
amatur.
Setelah
game berakhir, dinobat dan diiktiraf oleh semua orang, aku la no.1 ngan markah
84. Hehe. Yang lain aku tatau. Aku la King,
eh silap, Queen, eh bukan, Princess of Bowling! Muahaha. Agaknya
la, Prince Charming aku duk mana eh?
Hehe. Sempat lagi menggatal…
Takpelah.
Jam masa tu dah pon pukul 5. Nak tak nak, berakhirlah reunion kitorang buat
kali ni. One sweet memory is carved in my
heart that day~
![]() |
| Me and Fatnin |
![]() |
| Majdah and Atirah |
![]() |
| Fatnin and Mas |
![]() |
| Hi You All!! |
![]() |
| Buku VS Fatnin |
![]() |
| Peace! |
![]() |
| Bowling Frenzy |







No comments:
Post a Comment