Tuesday, December 20, 2011

Spoilt Much Or Jealousy?



          Huhu. Lately, aku asyik gaduh je ngan adikku. Aku pon tak tau la kenapa. Nak kata aku jelaous, memang aku jealous. Tapi aku still bertolak ansur ar ngan dia. Tapi, selalunya, tiap kali aku try to talk with him, it will end up with us arguing! Huh! Memang dia pandai dalam bab2 nak buat aku dapat darah tinggi!!! Aku ke yang patut mengalah ngan dia ke dia? Keliru aku. Aku yang berpangkat kakak. Kenapa aku kena dengar apa yang adik aku cakap? Kan? Atau aku, as a sis, patut bertolak-ansur…Betul ke? Huh! Tak tau aku! Yang sure, aku tak puas hati ngan dia sedari dia lahir lagi. Huhu~
          Aku ingat lagi hari dia nak lahir…Mak aku sakit perut pukul 5.30pagi woo~ingat nak buang air. Rupanya nak beranak! Huhu. Aku yang tersedar pagi2, tau je abah aku nak hantar mak aku pergi hospital, cepat2 aku mandi dan bersiap, nak ikut~hehe. Anak manja katakan…huhu. Tapi tengah2 aku duk excited sorang2 nak pegi hospital, abah aku tetiba je naik kereta dan pergi. Time tu, aku rasa nak nangis je cause abah aku tinggal aku. Huhu~ Tapi tak lama pastu, abah aku balik bawak bidan from klinik Ibu kat Kg Bandar,kampung sebelah. Kak Ros tak silap aku nama dia. Sesampainya diorang, bidan tu terus naik atas rumah dan masuk dalam bilik master bedroom, bilik tempat mak aku tengah menunggu. Semua orang nervous time tu. Aku pon nervous gak. Tapi aku lebih kecewa cause takleh nak pegi hospital. Haha. Pape jela aku nih. Rupa2 nya tak sempat nak hantar hospital so, terpaksa la beranak kat rumah. Haha. Jam 7 lebih2 gitu, maka terdengarlah suara bayi menangis. Dan dengan rasminya jawatanku sebagai anak bongsu, dilucutkan. Huhu~bagiku, itulah saat yang paling menyedihkan…dan nak tau? Sebenarnya, tiga hari sebelum hari tu adalah birthday aku!!! Mak aku siap wat kek aising pink lagi. Khas untuk aku beb~huhu. Tapi, lepas je mak aku beranak, dengan kek tu tak dimakan lagi, tika aku nak makan, akak aku, Saadah dan abang aku, Muin sempat lagi pesan kat aku.
“Dik(aku la), takleh dah le panggil kau adik. Kena panggil ngan nama jela. Haha,” ujar Saadah.
“Kek ni pon, kira bukan kek birthday kau lagi dah. Kira ni kek sambut birthday adik baru dah…Haha,” sampuk Muin.
          Huh! Time tu, aku rasa nak nangis + marah je. Aku tau la semua tu. Tak perlu duk sindir2 orang. Dan sebab tu la jugak, aku agak prejudice sikit kat adik aku. Cause takde kek aku dan takde lagi panggilan adik…
          Dan mungkin sikap prejudice tu takkan terhakis dalam diri aku kot. Sebab makin lama, hubungan aku ngan adik aku makin teruk. Dengan sikap adi aku yang tak makan saman, manja, mengada-ngada, tamak, suka mengarah orang dan paling suka cari gaduh ngan aku! Hai~ mana la aku tahan! Aku pun ada maruah gak, beb! Asyik duk bagi perintah aku suruh wat itu ini. Pulak tu, tiap kali aku nak tengok tv, mesti dia cakap katku setengah jam pastu cerita dia. Dia nak tengok. Tak pon, tak bagi terus! Pastu, aku nak main laptop, surf internet, dia tak bagi! Nak main katanya. Dia dulu. Tambah lagi, tika dia main laptop, nak tengok tv jugak…
Huh! Apalagi, aku naik bengang tahap petala ke-8 ar,bro!!! Tambah2 lagi, aku bad mood sikit kerna lately, aku susah nak tidur. Berguling-guling atas katil je. Nak tidur takleh. Kadang2 pukul 3 baru nak lelap mata nih. Pastu, lepas bangun solat Subuh, nak sambung mimpi takleh gak…Hish! Memang buat aku mengamuk ngan adik aku. Sampai aku berkurung je dalam bilik 2-3 hari nih. Malas nak gaduh ngan adik aku. Bukan aku gak yang menang. Tambah sakit hati je bila parents aku plak ambik side dia. Konon aku kena la mengalah ngan adik. Ya ke? Takkan selalu kot? Sampai aku nak tengok cerita aku sejam sehari pon takleh. Surf internet sekejap je pon takleh. Tak bagi aku sentuh pon laptop nih. Huii~ikutkan hati ada orang makan penampar gak. Mujur aku punya kesabaran tinggi lagi. Setakat bertikam lidah je ngan adik aku.
Tak tau la aku. Sampai bila aku boleh sabar lagi. Setakat ni, banyak dah aku sabar. Setahu aku, aku ni pantang dicabar. So, kesabaran ku senipis kulit bawang je. Hai~ nasib badan…tak bertuah~Hurm…korang doakan aku boleh sabar lagi ok la. Harap2 adik aku tu sedar sikit jangan nak bolot semua untuk dia sorang. Amin…

No comments:

Post a Comment